Showing posts with label fv. Show all posts
Showing posts with label fv. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Sebuah presentasi video


Projek ini di samping beberapa projek jamuan tahunan yang lain telah saya buat semasa bekerja di sebuah syarikat yang anda telah tahu namanya. Pada masa itu tanpa mengikuti sebarang kursus tentangnya, hanya berbekalkan komputer, internet, kamkoder dan perisian yang disediakan, dan minat yang mendalam dalam bidang ini.

Beberapa tahun telah berlalu dan video ini saya buat dengan teknik yang asas jika dibandingkan dengan teknik yang lebih canggih pada masa ini. Saya abadikan koleksi video ini untuk tatapan anda semua semoga mungkin boleh memberi inspirasi dan suntikan idea kreatif untuk anda.

Karya ini saya berikan nama "BASF MTV" bersempena konsep lagu-lagu Top Ten yang memaparkan warga syarikat tersebut. Kebanyakan video klip adalah khusus untuk projek ini manakala ada beberapa merupakan rakaman persembahan pentas semasa jamuan tahunan tahun-tahun yang sebelumnya. Untuk menambah perisa, saya sertakan bersama rancangan MTV Top 10 versi BASF Pasir Gudang ini beberapa iklan semasa "commercial break" yang pasti anda TIDAK pernah saksikan di kaca TV :D

Video-video ini saya "upload"kan di Youtube. Jika anda berminat untuk meng"upload"kan video anda juga, anda boleh baca artikel saya Cara menghantar video anda ke Youtube.

Sekiranya anda mengalami masalah video yang tersekat-sekat, tekan butang "PAUSE" terlebih dahulu dan biarkan bar berwarna merah penuh dahulu sebelum menekan butang "PLAY" semula.

Selamat menonton :)

Bahagian 1:



Bahagian 2:



Bahagian 3:



Bahagian 4:



Bahagian 5:



Bahagian 6:

Cara menghantar video anda ke Youtube





Apakah Youtube?

Youtube adalah perkhidmatan video online percuma yang menghoskan laman bagi sesiapa sahaja untuk meletakkan video mereka yang boleh ditonton dan dikongsi dengan sesiapa sahaja di pelusuk dunia melalui talian internet.


Cara-cara menghantar video anda ke Youtube

1. Anda perlu mendaftar secara percuma terlebih dahulu

2. Sediakan video anda dalam apa jua format yang diterima, sebaik-baiknya dalam bentuk MPEG4 (xvid atau divx), dengan resolusi 320x240, beraudio MP3, dan frame 30fps. Lebih baik jika anda dapatkan converter dan tukar video anda dalam bentuk FLV. Pastikan ia bukan bahan dengan hakcipta terpelihara. Saiz maksima adalah 100MB dan tempoh paling lama adalah 10 minit sahaja. Jika video anda panjang sehingga satu jam contohnya, anda boleh pecahkan ia menjadi beberapa video dengan tempoh 10 minit setiap satu dan labelkan dengan sempurna dengan format "Tajuk 1 of 5" atau "Tajuk 1/5" dan sebagainya.

3. Klik Upload Videos, kemudian masukkan butir-butir pendaftaran anda

4. Masukkan maklumat video anda seperti tajuk, keterangan, kategori, bahasa dan tekan Go upload a file ,

5. Pilih sama ada anda ingin semua orang melihat video anda (public) atau tidak (private) dan tekan Upload Video

6. Anda perlu tunggu beberapa lama untuk video anda selesai di hantar ke Youtube.



Sumber: Web Video Zone


Keindahan fotografi




"A Picture Is Worth A Thousand Word"


Begitulah pepatah inggeris menggambarkan betapa besarnya impak gambar berbanding dengan kata-kata. Bayangkan hidup kita tanpa gambar, hanya melihat dan membaca kata-kata. Begitulah peranan gambar visual dalam hidup kita, tambahan pula di zaman IT serba canggih ini dengan pelbagai kemudahan yang lebih murah dan mampu dimiliki. Suatu masa dulu fotografi adalah satu kareer professional dengan kelengkapan yang memakan beribu ringgit dan hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berada atau berkerjaya menggunakannya. Dengan peredaran zaman ianya kini telah menjadi sesuatu yang boleh diceburi sesiapa sahaja sama ada seorang professional, seorang amateur, atau sekadar seorang yang berminat dan ingin mencuba.

Di zaman IT ini ada beberapa sebab mengapa anda perlu mencuba bidang ini:

1. Kecanggihan untuk menghasilkan karya anda sendiri memerlukan anda mempelajari teknik terbaru dan berkongsi pengetahuan dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama. Ini boleh anda dapati dengan pelbagai sumber pengetahuan di internet termasuk forum seperti di Photomalaysia.com

2. Pelbagai kemudahan untuk berkongsi dengan kawan dan komuniti di internat seperti Flickr , Winkflash dan Webshot atau membuat laman web atau laman blog anda sendiri dan berkongsi dengan seluruh dunia!

3. Kamera digital yang mampu anda miliki hari ini memiliki fungsi yang canggih setanding kamera professional pada 10 tahun lalu yang berharga beribu ringgit. Kemudahan mengambil beratus gambar di dalam satu kad memori SD juga memudahkan anda tanpa perlu mencetak semua gambar tersebut untuk melihat hasilnya. Dengan LCD panel pada kamera anda, anda dapat melihat hasil kerja anda dalam keadaan WYSIWYG (apa yang anda lihat adalah hasil yang sebenarnya)

Antara kamera yang agak popular masakini adalah Canon Powershot a590

4. Jika 10 tahun lepas anda perlu menghantar negatif filem anda ke kedai foto untuk mencucinya. Tetapi kini anda hanya perlu mencucuk kabel USB kamera digital anda ke komputer dan memuat turun semua gambar ke dalam hard disk computer anda. Anda kemudiannya boleh memilih mengikut citarasa untuk terus mencetaknya di pencetak foto anda, tanpa perlu menunggu sejam atau sehari untuk dicetak di kedai foto.

Terdapat pelbagai pencetak foto yang canggih contohnya Epson Picturemate Dash PM260 dan Canon Selphy CP760


5. Sekiranya anda tidak mahu mencetak gambar anda, anda hanya perlu mencucuk kabel kamera digital anda ke TV, pemain VCD atau pemain DVD anda untuk melihat foto yang anda ambil bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan anda. Dengan program yang sesuai anda boleh menjadikannya slaid foto dalam bentuk VCD atau DVD


6. Pelbagai kemudahan di internet untuk menukar koleksi gambar anda menjadi slideshow dengan muzik dan efek canggih seperti di One True Media. Dengan hanya gambar foto anda boleh menjadikan satu karya montaj video yang canggih.


7. Pelbagai teknik canggih untuk menghasilkan gambar anda menjadi satu hasil seni yang mengagumkan menggunakan program professional seperti Photoshop ataupun program-program percuma seperti Picasa dan Gimp 2.6


Berikut adalah beberapa contoh yang dapat anda lihat bagaimana hasil yang kurang bermutu bertukar menjadi foto hebat seperti hasil karya seorang profesional










8. Anda boleh menjadikan foto sebagai satu hobi untuk kepuasan diri anda atau anda boleh menghasilkan karya yang bermutu untuk dijadikan clipart di pelbagai laman stock photo di internet. Antaranya adalah:
1. iStock Photo

2.
Microstock Photo

3.
Shutterstock

4.
Dreamstime

5.
Fotolia

6.
123RF

7.
Stock Expert

8.
Big Stock Photo

9.
Featurepics

10.
CanStock Photo


Sama ada sebagai hobi atau untuk sumber pendapatan tambahan, kecanggihan digital fotografi di zaman ini sudah cukup untuk memberikan anda kepuasan untuk berkarya dan berkongsi minat serta hasil karya anda bersama keluarga, saudara-mara, rakan-rakan malah dengan komuniti online seluruh dunia sekalipun.
Jika anda masih belum menceburkan diri dan telah mendapat suntikan inspirasi yang baru sekarang, selamat mencuba.

Tips mengambil gambar seperti pro dengan kamera autofokus anda





Pernahkah anda mengalami masalah kamera anda tidak menghasilkan gambar seperti yang anda ingini? Kebanyakan masalah adalah berpunca dari kekurangan kamera auto fokus hingga menyebabkan beberapa fungsi tidak dapat digunakan seperti mengambil gambar laju, atau dalam cahaya terlalu malap atau terang. Kamera autofokus adalah cara mudah bagi seorang amatur untuk menghasilkan gambar yang boleh tahan kualitinya, tetapi banyak terdapat kelemahan jika dibandingkan dengan kamera yang difunakan oleh para profesional.

Di sini ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk kamera autofokus bagi menghasilkan gambar yang lebih baik.

OBJEK FOKUS DI SISI GAMBAR

Adakah kamera anda membataskan anda dari mengambil gambar dengan objek utama di tepi? Contohnya jika anda ingin mengambil gambar rakan anda ditepi dengan berlatar-belakangkan pemandangan yang indah? Masalah ini boleh diatasi dengan menekan separuh butang shutter sehingga frame bertukar dari merah menjadi hijau. Jangan lepas butang, kalau tidak ia akan memfokus semula. Semasa frame masih hijau, alihkan fokus anda kepada latarbelakang yang anda inginkan sambil objek utama berada di sisi gambar yang anda ingin ambil. Bila sudah pasti baru tekan butang shutter sepenuhnya, dan voila! Gambar anda ambil seperti pro. Anda boleh cuba sama ada kamera anda boleh mempunyai butang shutter yang boleh ditekan separuh - ataupun bila ditekan sedikit boleh memulakan fokus tanpa mengambil gambar tersebut. Teknik yang dinamakan pre-focussing ini juga berguna untuk mengambil gambar laju seperti perselisihan kapalterbang semasa pertunjukan udara dimana anda perlu menekan butang untuk mengambil aksi spontan tanpa perlu memfokus terlebih dahulu.


GABUNGAN GAMBAR TERLALU KELAM DAN TERLALU TERANG

Contohnya adalah bila cahaya matahari disebalik pemandangan tunggul batu di tengah laut yang anda ingin ambil terlalu terang dan kamera anda enggan mengambil gambar tersebut. Teknik ini sesuai jika kamera anda dalam mod auto tanpa SLR iaitu skrin yang menunjukkan rupa sebenar gambar yang diambil pada kamera anda. Gunakan teknik prefocussing seperti di atas dengan memfokus sehingga frame telah bertukar hijau, kemudian tekan butang separuh untuk lock fokus dan ambil gambar seperti yang anda ingini sebelum menekan butang shutter sepenuhnya. Ini mungkin berguna jika anda ingin mengambil gambar artistik yang tidak boleh diambil dengan memfokus secara biasa.


SUMBER: EASYPHOTOGRAPHY

Tips untuk perancangan video majlis perkahwinan anda




Saat-saat manis ketika berada di jinjang pelamin adalah detik yang ingin diabadikan oleh ramai pasangan pengantin untuk diabadikan hingga ke anak-cucu. Sungguhpun kecanggihan teknologi atau teknik visual yang digunakan boleh menampakkan kehebatan video yang dihasilkan, tetapi hakikatnya kesempurnaan sesebuah video perkahwinan adalah apabila ia berjaya mengabadikan suasana penuh emosi dan dramatik itu.

Antara perkara yang anda boleh bincangkan dengan juruvideo anda:

1. Berapa video kamera yang akan digunakan. Yang pastinya satu kamera tidak cukup untuk mengabadikan kemeriahan di tempat anda dan pasangan anda dan reaksi para hadirin yang datang

2. Jika anda mahu video anda kelihatan seperti klip video Charlie Chaplin, anda tidak perlukan audio yang bagus. Audio juga memain peranan untuk mengabadikan emosi dan suasana di hari tersebut. Jika penyunting dapat mengawal bunyi yang bingit dalam klip video anda, menjadikan ia lebih menyenangkan dengan adunan muzik latar, itu adalah lebih baik.

3. Pengcahayaan juga amat penting kerana video yang kelam akan menghilangkan mood ceria dan dramatik. Jika juruvideo anda ada sistem pengcahayaan tambahan, itu adalah lebih baik

4. Juruvideo yang profesional tahu mengabadikan emosi dan reaksi para hadirin dengan spontan dan tidak dibuat-buat. Ini akan menambah nilai video rakaman majlis anda

5. Pastikan footage yang cukup dibuat untuk persiapan sebelum, semasa, dan diakhir majlis anda. Footage sebelum akan merakamkan build-up untuk emosi video anda. Anda tentu ingin melihat seluruh peristiwa sepanjang perjalanan majlis anda dari pandangan orang ketiga, kerana pada masa itu anda sedang gementar dan gemuruh dalam memastikan semua berjalan lancar. Footage akhir majlis akan memberikan impak akhir dan berpanjangan sebagai tanda termaktubnya majlis anda yang bersejarah itu.

6. Perjalanan video dari awal hingga akhir juga amat penting, kerana satu atau dua babak membosankan (seperti ucapan bapa pengantin yang panjang atau karaoke Pak Usu yang sumbang) akan mematikan "kick" video itu. Suntingan yang pendek dan menarik ("short & sweet") adalah yang paling baik.

7. Pastikan juruvideo anda sentiasa diberitahu jika ada perubahan rancangan di saat terakhir, atau mungkin anda akan kehilangan footage penting dalam rakaman video anda nanti.

Mutu video rakaman anda biasanya setimpal dengan bayaran yang anda berikan. Jadi janganlah harapkan hasil yang istimewa jika anda tidak sanggup mengeluarkan modal yang setimpal. Walaubagaimanapun, komunikasi anda dan juruvideo anda penting untuk memastikan beliau berfikir seperti anda dan dapat merakam senario seperti yang and inginkan.