Internet kini telah menjadi satu dunia baru tanpa dibatasi lokasi secara geografi. Penghuninya adalah pelayar-pelayar internet dan ianya wujud di depan skrin monitor komputer peribadi (PC), laptop, komputer tablet, atau smartphone. Secara kita sedar atau tidak, terlalu banyak perubahan telah berlaku di dalam dunia internet melalui inovasi perhubungan secara online. Antara yang utama adalah arena blogging yang semakin diminati ramai dan kehadiran internet robot di dalam dunia online ini.
Di zaman IT yang serba canggih secara tidak langsung ramai bakat-bakat baru di bidang penulisan blog mula muncul dengan adanya medium seperti Wordpress dan Google Blogspot. Tidak kira sama penulisan berbentuk percakapan harian atau yang lebih mementingkan penyampaian bahasa yang kemas dan mantap. Bak kata seorang kenalan saya, penulisan blog ini umpama genre baru di dalam bidang penulisan tanah air.
Penulisan blog memberi kita kepuasan dan kebebasan berkarya, dan kalau anda teliti meninjau blog-blog yang ada, pelbagai jenis isi dan penyampaian yang akan anda temui – sama ada koleksi gambar-gambar persendirian, lagu-lagu terhangat masa kini, dan bermacam-macam perkara yang sedikit sebanyak mencerminkan minat pemblog itu sendiri. Malah blog juga telah menjadi medan usahawan online mempromosi barangan atau perkhidmatan mereka tanpa kos yang membebankan.
Dengan adanya pelbagai kemudahan untuk memanjangkan jaringan sosial (social networking) dan pelbagai widget (perkakasan maya atau "virtual gadget" seperti java script, follower, stat counter dan visitor map) maklum balas secara terkini akan respons kepada maklumat yang dipersembahkan kepada umum menambahkan kehangatan berblog untuk menepati citarasa para pengunjung.
Di dalam dunia era digital ini maklumat adalah terkini di hujung jari dengan hanya memerlukan komputer, modem dan talian internet. Segala yang berlaku di seluruh dunia boleh anda ketahui dengan sekelip mata dengan memilih kata-kata kunci yang betul dan tepat dalam bahasa yang dikehendaki. Namun begitu dengan lambakan maklumat yang ada, kita perlu bijak dan berhati-hati dalam memilih maklumat yang tepat dan tidak terkambus di dalam timbunan maklumat yang mengelirukan.
Dengan kecanggihan teknologi dunia digital ini juga ramai juga insan-insan yang mengambil kesempatan yang ada untuk menipu dan memperdaya mangsa mereka secara online. Mungkin ramai di antara anda yang menggunakan kemudahan e-mail tidak terkecuali daripada mendapat e-mail berupa tawaran lumayan cabutan bertuah bernilai berjuta-juta dollar atau pound sterling, atau mungkin email bernada sayu memohon bantuan untuk mangsa peperangan dan sebagainya. Anda perlu bijak mengkaji daripada penggunaan bahasa, kewujudan dan kesahihan badan-badan yang menganjurkan, malah memastikan alamat dan nombor telefon yang digunakan adalah benar-benar wujud dan bukan sekadar untuk mengaburi mata anda. Begitu juga dengan pelbagai email dari bank, anda harus berhati-hati kerana ada yang menyamar dengan logo yang serupa. Cara terbaik adalah menghubungi bank anda dan memastikan kesahihan e-mail tersebut sebelum kehilangan wang anda secara online.
Di zaman ini juga terdapat pelbagai spiderbot, webbot atau netbot yang merupakan "pekerja-pekerja" yang bekerja keras mengunjungi setiap pelusuk dan ceruk dunia cyber ini untuk tujuan-tujuan tertentu. Anda jangan terkejut jika kerja-kerja pencarian, pengumpulan data dan penghantaran email dilakukan oleh komputer melalui buruh yang tidak kenal penat-lelah bernama Bot ini. Banyak kelebihan kemajuan teknologi ini seperti penentuan pagerank anda, pencarian laman-laman web berdasarkan kata-kata kunci yang anda berikan di dalam search engine seperti Yahoo, Google dan MSN, dan pelbagai fungsi lagi. Namun ada juga yang menyalah-gunakannnya dengan membuat posting ke pelbagai tempat secara otomatik atau menghantar email berbentuk spam (yang merupakan satu perbuatan yang tidak beretika walaupun agak berat untuk dikategorikan sebagai jenayah) dengan pencarian laman yang menyediakan alamat email untuk berhubung dengan pengunjungnya. Tidak hairanlah jika kita terpaksa memasukkan maklumat tambahan berbentuk karakter-karakter secara rawak sebelum dapat menghantar email kepada seseorang di internet, yang merupakan taktik yang tidak boleh dicerobohi oleh bot-bot internet ini (setakat ini...).
Internet dan dunia digital adalah sebuah alam maya yang sentiasa berubah dan berlegar dengan inovasi-inovasi baru. Kita perlu prihatin dan sentiasa mengambil tahu perkembangan terbaru, bukan setakat untuk menambahkan keseronokan dan kemudahan berhubungan di internet, tetapi juga untuk mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa mereka yang ingin mengambil kesempatan dengan perkembangan teknologi online yang terbaru.

No comments:
Post a Comment