Sunday, January 15, 2012

Penjagaan kereta anda agar tahan lama






Memandu kenderaan baru adalah satu pengalaman yang amat menyenangkan, meluncur di atas jalan dengan keyakinan enjin anda dalam keadaan yang sempurna dengan perjalanan yang lancar dan melapangkan fikiran anda. Bolehkan anda mengekalkan prestasi kenderaan anda seperti baru walaupun telah bertahun-tahun menggunakannya?

Berikut adalah antara rahsia untuk mengekalkan keadaan kenderaan anda seperti semasa anda mula memandunya.

1. Jangan guna minyak enjin anda melebihi dari tempoh yang disarankan seperti dalam panduan dari pengilang kereta anda. Menggunakan minyak enjin bermutu tinggi juga dapat memastikan enjin kereta anda sentiasa dalam keadaan baik

2. Tukar penapis udara kereta anda dengan kerap, terutamanya bila jalan yang anda lalui selalunya kotor dan penuh berdebu

3. Pastikan tayar anda sentiasa dalam keadaan yang baik dengan tekanan angin yang mencukupi. Pastikan bunga tayar anda cukup dalam (tidak botak). Bersihkan debu-debu yang melekat pada brek di bahagian tayar anda

4. Periksa bateri kereta agar sentiasa dalam keadaan baik. Terminal bateri kereta anda perlulah sentiasa bersih. Gunakan berus jika perlu.

5. Sebagaimana enjin kereta anda perlu bersih, begitu juga bahagian luar badan kereta anda dan bahagian dalamannya, sentiasa dibersihkan untuk mengekalkan "rasa seperti baru" kereta anda. Gunakan pencuci kereta yang sesuai agar kereta anda bukan sahaja bersih, tetapi mendapat perlindungan dari kesan calar dan faktor cuaca

6. Selepas menghidupkan enjin kereta anda, biarkan seketika lebih kurang 20 hingga 30 saat sebelum menukar gear, paling kurang pun 10 saat. Ini untuk melancarkan pergerakan minyak sebelum memulakan perjalanan. Anda tidak perlu menghidupkannya sehingga 15 minit, tetapi apabila anda mula memandu berikan enjin anda sedikit masa untuk "warm-up" sebelum menekan enjin anda ke RPM yang lebih tinggi

7. Gunakan produk khas penjagaan kereta anda untuk melindungi cat kereta anda, setiap enam bulan. Produk ini boleh mengelakkan kotoran dan bahan tercemar dari melekat pada kereta anda.

8. Jangan biarkan kereta anda bergerak dengan tangki minyak yang hampir kosong. Tangki yang hampir kosong menambah peluang untuk kotoran, air lembapan dan karat memasuki sistem pembakaran kereta anda.

9. Pastikan anda memahami sistem kereta anda selepas anda membelinya dan mengetahui perkara-perkara yang perlu anda ambil perhatian bagi mengelakkan masalah serius pada kereta anda dan memanjangkan jangka hayatnya. Bertanya kepada pakar kereta anda juga dapat memberikan anda tips yang sesuai dengan penjagaan kereta anda.

No comments:

Post a Comment