Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada tarikh yang berbeza-beza. Di Malaysia kita menyambut hari untuk memperingati semua insan bergelar ibu ini pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Jika anda masih mempunyai ibu di dunia ini, mungkin anda telah membuat persiapan untuk menyambut hari yang istimewa untuk insan yang telah banyak berkorban untuk anda ini.
Jika anda masih tercari-cari hadiah yang sesuai, disini ada beberapa tips untuk anda:
Anda tidak perlu berbelanja besar, hanya perlu kreatif menggubah bunga yang boleh memberikan suasana penuh emosi. Gabungan warna dan bekas yang anda guna juga memain peranan. anda boleh gunakan bakul rotan, teko unik, pasu unik, ribon, malah teddy bear sekalipun.
2. Hadiahkan sebakul hamper untuk ibu anda
2. Hadiahkan sebakul hamper untuk ibu anda
Ehsan foto: Gifttree.com
Bila disebut hamper, tidak semestinya ianya dibeli di kedai. Anda hanya perlukan bakul dalam pelbagai bentuk dan diisi dengan barangan untuk ibu tersayang anda. Anda boleh hadiahkan buah-buahan segar (plastik pun boleh, tapi kurang unsur emosi di situ), pokok-pokok hidup terpilih (beserta pasu sekali, tetapi digarap menjadi gubahan), atau pelbagai cenderahati termasuk bingkai gambar, kole unik, cookies, muffin, cupcakes malah voucher membeli-belah sekalipun! Yang penting gubahan dan pemilihan warna yang kreatif.
3. Hadiahkan sebungkus coklat untuk ibu anda
Ehsan foto: Gifttree.com
Sekiranya anda ada resepi sendiri, itu lebih besar ertinya dan dihadiahkan dalah kotak yang cantik. Anda boleh juga gunakan cookies di samping coklat.
Resepi lazat dan istimewa ini mengandungi buah strawberi segar di samping coklat yang pasti menggembirakan. Anda boleh hiaskan dengan coklat hitam atau putih atau kedua-duanya sekali. Anda boleh dapatkan resepi ini DI SINI
Memang terdapat banyak kad yang canggih dan mahal di kedai, tetapi sekiranya anda boleh buat sendiri, ia akan memberikan nilai yang lebih dan akan meninggalkan memori jangka-panjang kepada orang yang tersayang. Sekiranya ia adalah untuk isteri anda yang merupakan ibu kepada anak-anak anda, anda boleh jadikan ia projek bersama anak-anak anda.
Anda boleh dapatkan teknik yang ringkas dan mudah untuk membuat kad pop-up ini DI SINI
Terdapat banyak lagi cara-cara unik untuk menjadikan Hari Ibu tahun ini sesuatu yang istimewa untuk orang yang tersayang. Terpulang kepada anda untuk mencari cara yang kreatif dan istimewa untuk meraikannya.
No comments:
Post a Comment