Kulit adalah bahagian tubuh yang paling mudah terdedah kepada faktor-faktor yang boleh merosakkannya seperti perubahan cuaca, panas matahari, pencemaran dan alahan kepada pelbagai bahan kimia. Penjagaan yang kerap adalah amat penting bagi mengelakkan masalah dalam jangka-panjang.
Antara tanda-tanda kulit yang bermasalah adalah:
1. Kulit berminyak
Kulit seperti ini mudah menghadapi masalh seperti jerawat dan jeragat (blackhead). Kerana liang roma mudah tersumbat .
2. Kulit kering
Kulit seperti ini biasanya disebabkan kekurangan lembapan pada kulit yang mana air dan pelembab tidak dapat menembusi kulit. Mereka yang menghadapi masalah ini perlu menjauhi pencuci yang boleh mengeringkan kulit dan bahan beralkohol seperti pewangi.
3. Alahan (Dermatitis)
Tanda-tandanya adalah kulit yang gatal, merah, kering dan mengelupas. Ianya berpunca dari tindakbalas kulit terhadap bahan kimia dan faktor cuaca.
4. Liang roma yang besar
Meskipun ia bukan satu masalah besar, tetapi wajah anda akan kelihatan kurang elok terutamanya dari jarak dekat
5. Dedahan kepada pancaran matahari
Pancaran ultraviolet (UV) dalam matahari boleh mengakibatkan kerosakan kepada kulit. Tandanya adalah pigmentasi (warna kulit) yang tidak sekata, kedutan yang dalam, kulit yang liat dan pada kes yang teruk membawa kepada barah kulit.
Cara mudah dan ringkas mencegah kerosakan atau masalah pada kulit:
1. Jadikan kebiasaan membersihkan kulit dengan menggunakan sabun dan air bagi mengelakkan minyak, kotoran dan sisa bahan kosmetik daripada melekat pada kulit anda.
2. Bilas dengan air suam dapat membuka liang roma dan mengelakkan ia tersumbat.
3. Tekap muka atau kulit dengan tuala, bukan menggosokkan dengak kasar. Gosok kulit dengan lembut juga dapat membuang sel-sel kulit yang mati dan mengelupas, meyerikan wajah dengan sel-sel kulit yang baru
4. Gunakan barangan penjagaan kulit yang mengandungi pelembab dan bahan antioksida (terdapat dalam produk yang mengandungi vitamin C dan E) yang membantu memperbaiki kerosakan kulit dan melindungi dari kerosakan akibat pencemaran dan pancaran ultraviolet (UV). Jika kerosakan terlalu teruk, anda perlu mendapat nasihat doktor atau pakar kulit.
5. Sebelum tidur, gunakan toner untuk membersihkan kulit, seelok-eloknya yang tidak mengandungi alkohol.
6. Gunakan pelembab semasa kulit masih basah, contohnya 3 minit selepas mandi. Jika anda mengalami musim sejuk, sapukan lebih dari biasa. Pelembab biasa tanpa bahan tambahan seperti pewangi atau bahan kimia sudah mencukupi, di samping dapat mengelakkan anda dari mendapat alahan kulit.
7. Gunakan produk yang boleh mengembalikan kesegaran dan nutrien pada kulit pada waktu malam
8. Dapatkan tidur yang cukup untuk memberi kesegaran tubuh badan dan kulit anda
No comments:
Post a Comment