Sunday, January 15, 2012

Teknik mengemas beg untuk perjalanan

Adakah anda seorang yang banyak menghabiskan masa di dalam perjalanan. Mungkin untuk menghadiri menyuarat atau berjumpa dengan prospek perniagaan anda di luar negara dengan menaiki kapalterbang, atau sekadar memandu berulang-alik dari Utara ke Selatan negara. Mengemas beg mungkin bukan aktviti kegemaran anda kerana terpaksa memuatkan pelbagai pakaian dan perkakasan anda di dalam ruang yang kompak dan terhad. Atau mungkin anda mungkin telah ada cara anda sendiri dan telah biasa dengan cara mengemas barang untuk dibawa dalam beg kembara anda. Sekiranya anda mengalami masalah pakaian yang terlalu banyak untuk dibawa atau berkedut kerana terlalu padat di simpan dalam beg anda, di sini ada satu cara menarik untuk anda mengemas pakaian anda untuk di bawa semasa kembara yang mungkin boleh membantu anda.

Di dalam contoh ini anda akan menyusun 14 pakaian anda termasuk seluar panjang, seluar pendek atau bermuda, kemeja, dua pasang kasut, pakaian dalam dan aksesori anda di dalam sebuah beg berukuran 22 inci


1. Simpan pakaian dalam, stokin, tali leher, tali pinggang, topi dan aksesori anda di dalam beg organizer di tengah beg dan letakkan kasut (bungkus dengan plastik untuk kebersihan) di bahagian sisi beg seperti dalam gambar




2. Susun seluar panjang seperti dalam gambar dengan bahagian atas seluar berada di sisi beg. Letakkan seluar pendek atau bermuda di bahagian tengak beg.










3. Untuk wanita, skirt dan baju labuh boleh diletakkan seperti dalam gambar






4. Untuk kemeja dan blaus (wanita), susun seperti dalam gambar, dengan bahagian kolar bertemu bahagian sisi beg. Dan bahagian bawah baju terlujur di luar beg. Susankan berselang seli dari arah berlawan, tetapi kolar mesti berada di bahagian hujang dalam beg.





5. Setelah selesai menyusun semua pakaian anda, anda boleh memulakan proses melipat. Walaupun kelihatan seperti tidak muat, anda akan kagum dengan hasilnya nanti. Mulakan dengan melipat bahagian hujung dan lengan kemeja atau blaus ke dalam beg sehingga kelihatan seperti bungkusan di bahagian tengah beg.





6. Kemudian lipatkan baju labuh dan skirt (untuk wanita). Akhir sekali lipat kaki seluar ke dalam beg sehingga semua kelihatan seperti pekej terbungkus di tengah beg anda.






Tahniah! Anda telah berjaya memuatkan 14 pakaian anda bersama kasut dan aksesori anda tanpa perlu menyumbat sehingga padat.




Cara ini sesuai jika anda tidak memerlukan baju yang berada di tengah dan terpaksa membuka lipatan dari awal. Sekiranya anda memerlukan sepasang baju lain dengan segera, anda boleh buatkan lipatan berasingan menggunakan teknik yang sama di bahagian bawah beg sebelum melipat pakaian yang lain. Sekiranya anda ingin mengambil kasut, aksesori atau dua pasang pakaian anda di bahagian bawah tadi, anda hanya perlu mengangkat keluar bundle di bahagian atas tadi dan meletakkan semula selepas selesai. Mudah bukan.

Jika anda masih kurang yakin dengan teknik ini, anda boleh mulakan latihan mengemas cara ini setelah selesai membaca artikel ini. Selamat mencuba


Sumber: Packlight.net

No comments:

Post a Comment