Sunday, January 15, 2012

Donut

Donut adalah sejenis makanan yang popular di Barat dan semakin digemari di Malaysia dengan adanya franchise seperti Dunkin Donut dan Krispy Kreme. Keseronokan menikmati makanan berbentuk gelang daripada tepung ini adalah hiasannya yang lazat dan menarik dengan pelbagai rasa dan warna, di samping inti jem atau krim yang dapat memuaskan citarasa kita untuk makanan yang manis.


Tahukah anda sejarah di sebalik doughnut atau donut ini?
Ada pendapat mengatakan bahawa doughnut atau donut ini berasal dari Belanda pada pertengahan kurun ke 19 dengan nama asal olykoek bermakna kek yang berminyak. Ada juga pendapat mengatakan makanan yang berbentuk gelang ini direka oleh orang Amerika bernama Hansen Gregory.
(Sumber: Wikipedia)




Tahukah anda ada berapa jenis donut di Amerika?
Menurut lc.k12.mn.us, terdapat 14 jenis donut yang terdapat di Amerika iaitu:
1. Raised Donuts
2. Bars & Twists
3. Cake Donuts
4. Devil's Food Donuts
5. Old Fashioned Buttermilk
6. Jelly Filled Donuts
7. Custard Filled Donuts
8. Peanut Butter Donuts
9. Cheese Donuts
10. Cinnamon Rolls
11. Pretzel Shaped Donuts
12. Assorted Gourmet Donuts
13. Donut Holes
14. Muffins

Pada kebiasaannya donut dihasilkan dengan menggoreng doh didalam minyak dan mengandungi kanndungan minyak yang tinggi. Sebagai variasi, terdapat donut yang dihasilkan dengan membakar di dalam oven, bagi mengurangkan kadar minyak yang digunakan.





Resepi Donut bakar
(Berdasarkan resepi dari breakfast-and-brunch-recipes.com)

Bahan-bahan:
1 cawan susu
3/4 cawan mentega
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
1 cawan kentang (dibuang kulit) direbus dan dilecek
1 peket kecil yis (boleh guna yis Mauripan)
1/4 cawan air suam
2 biji telur dipukul
4 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega pada suhu bilik
Gula yang dikisar (untuk hiasan)


Cara-cara membuatnya:

1. Rebus kentang sehingga empuk, kupas kulit dan lecek

2. Masukkan gula dan yis ke dalam air suam dan kacau. Biarkan sehingga berbuih (frothy)

2. Panaskan susu dan alihkan dari api. Campurkan mentega dan garam, dan biarkan sejuk

3. Masukkan campuran susu, mentega dan garam yang telah sejuk tadi ke dalam mangkuk besar. Campurkan kentang yang telah dilecek, adunan yis dan telur yang telah dipukul. Gaul dan masukkan tepung gandum. Gaul adunan sehingga sebati

4. Tutup bekas dan biarkan doh naiki selama 10 minit.

5. Taburkan tepung ke atas permukaan dan leperkan doh dengan batang penggelek (rolling pin) yang dilumur tepung sehingga 1/2 inci tebal. Potong menggunakan acuan donut yang telah disapu mentega. Anda boleh juga menggunakan bekas bulat besar dan kecil untuk membentuk gelang donut di bahagian luar dan dalam.

6. Susun doh yang telah dibentukkan donut di atas loyang yang disapu majerin atau mentega. Biarkan naik selama 5-10 minit lagi.

7. Bakar pada suhu 220 darjah celcius (425 darjah Fahrenheit)selama 20-30 minit atau sehingga masak.

8. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega yang telah dilembutkan dan lumurkan dengan gula kisar.

Donut bakar sedap dimakan semasa masih panas dan kerana itu lebih mudah dinikmati jika dilumur dengan gula kisar.




Cara-cara membuat donut glaze - biasa dan coklat


Di samping menyalut dengan gula halus, anda juga boleh menghiaskan donut anda dengan donut glaze. Cara-caranya adalah seperti yang ditunjuk di dalam video berikut. Bahan-bahan yang digunakan adalah gula icing atau serbuk coklat (untuk glaze biasa dan coklat), minyak dan air panas. Donut kemudiannya dicelup di dalam glaze tersebut dan dibiarkan sehingga glaze mengeras.

Jika anda ingin mendapatkan glazing dengan pelbagai warna dan perisa menarik, anda boleh gunakan susu panas sebagai ganti air panas dan menggunakan pewarna dan perasa di dalam adunan untuk glazing biasa. Contohnya anda boleh gunakan pewarna merah jambu dan perisa strawberi untuk mendapatkan glazing merah jambu. Anda boleh juga salutkan glazing tadi dengan manik berwarna (hundred thousand), manik coklat (chocolate rice), kacang tumbuk atau kelapa kering (dessicated coconut) untuk hasil donut yang lebih menyelerakan.


Satu lagi variasi resepi membuat donut bakar bersama cara membuat glaze dan topping










Anda boleh juga memasukkan inti jem jika anda kehendaki. Caranya adalah dengan membuat lubang untuk memasukkan inti, atau gunakan alat pemicit.

Membuat donut tidaklah sesusah mana dan dengan menggunakan resepi donut bakar anda boleh mengurangkan kadar penggunaan minyak untuk kehidupan yang lebih sihat.


No comments:

Post a Comment