Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai penyakit, dan yang terbaru selsema khinzir. Penyakit seperti ini datang tiba-tiba dan sukar dielakkan. Tetapi banyak juga penyakit yang kita tahu risikonya dan boleh kita elakkan tetapi sering mengambil ringan tentangnya. Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, osteoporosis, stres dan sebagainya boleh dielakkan jika kita mengambil berat tentang kesihatan termasuklah dengan memberhentikan tabiat-tabiat buruk kita (merokok, makan secara luar kawalan, dll), menjaga pemakanan dan bersenam secara kerap.
Di samping meningkatkan kesihatan fizikal, senaman juga dapat meningkatkan kesihatan mental kita. Contohnya semasa menghadapi stress, kesukaran untuk tidur atau perubahan mood secara mendadak. Faedah-faedah bersenam terutamanya melalui senaman membina otot saya terangkan lebih lanjut DI SINI.
Banyak cara kita boleh bersenam seperti jogging, berbasikal, berjalan kaki, membuat aktiviti berkebun atau di laman, dan banyak lagi. Namun sejauh mana efektifnya senaman yang kita buat bergantung kepada intensiti latihan yang kita buat dan matlamat yang ingin kita capai dari senaman tersebut sama ada untuk faedah kardiovaskular (jantung), kekuatan (otot) menurunkan berat badan dan lain-lain. Latihan-latihan di atas tidaklah sebanyak mana jika hendak dibandingkan dengan latihan membina otot. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang latihan membina otot bolehlah baca DI SINI .
No comments:
Post a Comment