Sunday, January 15, 2012

Tips untuk perancangan video majlis perkahwinan anda




Saat-saat manis ketika berada di jinjang pelamin adalah detik yang ingin diabadikan oleh ramai pasangan pengantin untuk diabadikan hingga ke anak-cucu. Sungguhpun kecanggihan teknologi atau teknik visual yang digunakan boleh menampakkan kehebatan video yang dihasilkan, tetapi hakikatnya kesempurnaan sesebuah video perkahwinan adalah apabila ia berjaya mengabadikan suasana penuh emosi dan dramatik itu.

Antara perkara yang anda boleh bincangkan dengan juruvideo anda:

1. Berapa video kamera yang akan digunakan. Yang pastinya satu kamera tidak cukup untuk mengabadikan kemeriahan di tempat anda dan pasangan anda dan reaksi para hadirin yang datang

2. Jika anda mahu video anda kelihatan seperti klip video Charlie Chaplin, anda tidak perlukan audio yang bagus. Audio juga memain peranan untuk mengabadikan emosi dan suasana di hari tersebut. Jika penyunting dapat mengawal bunyi yang bingit dalam klip video anda, menjadikan ia lebih menyenangkan dengan adunan muzik latar, itu adalah lebih baik.

3. Pengcahayaan juga amat penting kerana video yang kelam akan menghilangkan mood ceria dan dramatik. Jika juruvideo anda ada sistem pengcahayaan tambahan, itu adalah lebih baik

4. Juruvideo yang profesional tahu mengabadikan emosi dan reaksi para hadirin dengan spontan dan tidak dibuat-buat. Ini akan menambah nilai video rakaman majlis anda

5. Pastikan footage yang cukup dibuat untuk persiapan sebelum, semasa, dan diakhir majlis anda. Footage sebelum akan merakamkan build-up untuk emosi video anda. Anda tentu ingin melihat seluruh peristiwa sepanjang perjalanan majlis anda dari pandangan orang ketiga, kerana pada masa itu anda sedang gementar dan gemuruh dalam memastikan semua berjalan lancar. Footage akhir majlis akan memberikan impak akhir dan berpanjangan sebagai tanda termaktubnya majlis anda yang bersejarah itu.

6. Perjalanan video dari awal hingga akhir juga amat penting, kerana satu atau dua babak membosankan (seperti ucapan bapa pengantin yang panjang atau karaoke Pak Usu yang sumbang) akan mematikan "kick" video itu. Suntingan yang pendek dan menarik ("short & sweet") adalah yang paling baik.

7. Pastikan juruvideo anda sentiasa diberitahu jika ada perubahan rancangan di saat terakhir, atau mungkin anda akan kehilangan footage penting dalam rakaman video anda nanti.

Mutu video rakaman anda biasanya setimpal dengan bayaran yang anda berikan. Jadi janganlah harapkan hasil yang istimewa jika anda tidak sanggup mengeluarkan modal yang setimpal. Walaubagaimanapun, komunikasi anda dan juruvideo anda penting untuk memastikan beliau berfikir seperti anda dan dapat merakam senario seperti yang and inginkan.

No comments:

Post a Comment