Sunday, January 15, 2012

Peranan air untuk tubuh badan



Boleh dikatakan semua makhlk yang bernyawa perlukan air dalam hidup. Kandungan air dalam tubuh manusia adalah sebanyak 75% manakala dalam tisu otak sebanyak 85% peratus. Air diperlukan di dalam tubuh badan untuk membuang bahan buangan dan toksin. Berikut adalah beberapa fakta penting tentang air untuk tubuh badan kita.


Kenapa tubuh kita perlukan air

1. Proses pembuangan dari sel-sel dan penghantaran bahan buangan dari tubuh melalui buah pinggang, usus, kulit dan paru-paru

2. Menyerap zat-zat ke dalam sel tubuh untuk digunakan

3. Penghadaman makanan menjadi zat-zat melalui cecair di dalam perut, pankreas dan alir liur

4. Peredaran zat-zat di dalam darah dan limpa

5. Pelincir untuk sendi-sendi dan kolon

6. Mengawal suhu tubuh badan dengan mengeluarkan peluh


Tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh)

1. Sakit kepala

2. Sakit di bahagian ulu hati

3. Mudah terganggu dan mengalami tekanan (depression)

4. Sakit pinggang

5. Sakit yang kronik dan berulang

6. Sakit perut

Bibir yang kering bukan tanda awal dehidrasi. Apabila bibir telah kering, kerosakan mungkin telah dialami oleh tubuh akibat dehidrasi dan bibir kering mungkin tanda-tanda akhir ianya telah berlaku.


Bagaimana memastikan anda mendapat air yang cukup

Doktor dan pakar kesihatan menasihatkan kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari secara umum. Bagaimanapun, di dalam cuaca panas atau sekiranya banyak berpeluh kerana bekerja keras atau melakukan senaman, kadar air yang diperlukan adalah dua kali ganda.


Keracunan air melalui botol plastik
Botol air mineral diperbuat menggunakan polyethylene terephthalate atau PET yang mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan barah. Ia berpunca dari pemecahan struktur plastik dalam botol tersebut melalui haba (air panas atau dibiar terlalu lama dalam keadaan yang panas termasuk dibiar di dalam kereta) atau proses membasuh yang berulang, mengakibatkan pembocoran bahan yang boleh mengakibatkan barah tadi ke dalam air minuman.

Cara terbaik adalah menggunakan botol-botol air mineral ini sekali sahaja dan terus dikitar semula (bukan diguna semula). Botol-botol dengan label HDPE (high density polyethylene), LDPE (low density polyethylene) dan PP (polypropylene) adalah daripada plastik yang tidak terdedah kepada risiko ini dan selamat digunakan. Jika anda ingin membawa bekalan air untuk dibawa ke mana jua, pastikan anda menggunakan bekas plastik yang bukan terdedah kepada risiko keracunan air.





Sumber: TheHerbsPlace, TrustedMD

No comments:

Post a Comment