Sunday, January 15, 2012
Tips penampilan diri untuk lelaki
Mungkin anda bukan dari kategori lelaki metroseksual (lihat maknyanya di bawah) yang mementingkan penampilan yang sempurna dan hebat setiap masa, tetapi ingin mengetahui tips asas untuk mendapatkan penampilan diri yang baik
Di sini ada beberapa tips untuk kaum Adam yang inginkan penampilan yang baik tidak kira di pejabat, majlis kasual atau majlis formal:
1. Memakai pakaian yang betul-betul mengikut ukuran badan anda, sama ada ditempah dengan tukang jahit, atau dibeli di kedai dan disesuaikan dengan badan anda
2. Memakai stokin yang sesuai dengan warna suit atau seluar anda
3. Jangan memakai tali leher yang terlalu kurus
4. Jangan biarkan dompet anda menggelembung kerana terlalu banyak isi
5. Jangan pakai pakaian yang sudah lusuh atau yang berkedut
6. Jangan pakai baju yang berbelang menegak jika anda bukan seorang yang tinggi dan kurus.
7. Pakai lengan panjang dan bertali-leher jika anda menghadiri temuduga atau mesyuarat rasmi
8. Padankan warna talipinggang dan kasut anda
9. Tali leher mesti mencecah bahagian atas talipinggang anda
10. Jangan pakai talipinggang dan suspender (tali penggantung dari seluar ke bahu) pad masa yang sama
11. Pakai pewangi sebelum memakai baju untuk mengelakkan kesan pada baju anda
12. Jaga postur anda untuk kelihatan tinggi dan penuh keyakinan
"Lelaki Metroseksual:
adalah lelaki heteroseksual yang mengambil berat tentang penampilan dirinya dengan pelbagai produk penjagaan dan perapian diri, serta pakaian mengikut fesyen semasa yang berjenama mahal dan bermutu tinggi, sehingga sering disalah-ertikan sebagai seorang yang homoseksual. "
Anda ingin mencuba gaya rambut baru tanpa perlu mengambil risiko? Cuba Gaya Rambut Baru Virtual
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment