"Save the Earth Campaign" adalah versi Bahasa Inggeris kempen ini yang bertujuan mengurangkan kemusnahan alam sekitar yang diakibatkan dari proses pembangunan manusia sendiri. Usia planet bumi dengan perubahan tamadun demi tamadun manusia telah mengakibatkan pelbagai penyakit dan komplikasi kepada bumi ini.
Antara intipati kempen tersebut adalah:
1. Mengurangkan "carbon footprint" atau penghasilan carbon dioksida (CO2) hasil dari pembakaran bahan bakar fosil (fossil fuel) yang terdiri dari bahan galian seperti arang batu dan petroleum. Kesan dari fenomena ini adalah pemanasan global dan pencairan airbatu di kutub utara, mengakibatkan kenaikan paras air laut sedunia dan penenggelaman tanah dataran
.
Maksud "Carbon Footprint"
"Ukuran bagi kesan dari aktiviti-aktiviti manusia ke atas alam sekitar berdasarkan jumlah gas rumah hijau (greenhouse) yang terhasil dalam unit karbon dioksida."
2. Mengurangkan penggunaan bahan semulajadi menerusi hasil galian, mineral atau pokok-pokok melalui program kitar-semula kertas, plastik dan kaca
3. Mengurangkan penggunaan bahan yang tidak boleh diuraikan melalui proses semulajadi seperti sesetengah bahan plastik dan styrofoam
4. Mengurangkan penggunaan tenaga yang dijanakan oleh tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu dan petroleum, melalui penggunaan tenaga solar dan angin untuk rumah-rumah, penggunaan mentol rendah watt dan pengurangan penggunaan penghawa dingin di musim panas dan pemanas di musim sejuk.
5. Menanam lebih banyak pokok-pokok untuk menggantikan stok yang telah terpakai untuk masa yang akan datang
6. Menghentikan penggunaan bahan berasakan CFC (chlorofluorocarbon) di dalam spray aerosol, peti sejuk dan penghawa dingin kenderaan
7. Menggunakan bateri yang boleh dicaj semula
8. Membuat kompos sendiri dari bahan-bahan terbuang
9. Mencari idea kreatif untuk mengurangkan pembuangan bahan berunsur kayu seperti mengitar semula sofa yang telah lusuh atau menghasilkan hasil seni dari kertas terpakai
10. Memastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik bagi mengurangkan penghasilan CO2 yang berlebihan dan mencemarkan udara
Kesimpulan
Kesan dari kempen "Selamatkan Bumi" hanya akan berkesan jika kesedaran dan tindakan ke atasnya dijalankan secara kolektif dan global, melibatkan semua lapisan masyarakat, pelbagai bidang kuasa politik dan ceruk-rantau di dunia ini. Hasilnya bukanlan dapat dilihat segera, tetapi mungkin berpuluh atau beratus tahun akan datang.
Kesan dari kempen "Selamatkan Bumi" hanya akan berkesan jika kesedaran dan tindakan ke atasnya dijalankan secara kolektif dan global, melibatkan semua lapisan masyarakat, pelbagai bidang kuasa politik dan ceruk-rantau di dunia ini. Hasilnya bukanlan dapat dilihat segera, tetapi mungkin berpuluh atau beratus tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment