Sunday, January 15, 2012

Tips mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang




Boleh dikatakan setiap hari kita makan, tetapi bagaimanakah untuk memastikan kita mendapat makanan sihat dan seimbang setiap hari?

1. Fahami erti kalori dan tahap yang sesuai untuk anda mengikut umur, jantina, tinggi, berat dan aktiviti fizikal anda

2. Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang, sebaik-baiknya hasilan tempatan yang segar

3. Minum banyak air (75% kandungan badan adalah air) untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh) di samping dapat menyahkan toksin dan bahan kumuhan dalam badan terutamanya dari buah pinggang dan pundi-pundi kencing, dan mengelakkan penyakit buah pinggang dan batu karang

4. Kunyah makanan dengan sempurna bagi memastikan pengambilan zat yang maksima dari makanan yang dimakan. Makanan yang tidak hancur akan lambat diproses di dalam perut dan melambatkan proses penyerapan zat di samping boleh membawa jangkitan ke dalam perut

5. Hadkan pengambilan makanan bergula dan garam. Bersederhana dan jangan berlebihan

6. Nikmati semua jenis makanan, tetapi dengan tidak berlebihan

No comments:

Post a Comment